Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

Apa Itu PPT?

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) ataupun dahulu dikenali sebagai Pentauliahan Pencapaian Terdahulu merupakan satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.
Kaedah ini mula diperkenalkan sebagai salah satu kaedah Persijilan Kemahiran Malaysia pada 13 September 1996 bertujuan memberi pengiktirafan kepada pekerja mahir negara di mana kaedah ini menekankan konsep pembelajaran sepanjang hayat di mana proses ini dapat membantu individu untuk menilai dan membina pembelajaran yang mereka telah perolehi secara formal atau tidak formal.

Latest from Gallery

Maklumat Umum PPT

Semua pekerja industri dari sektor perkhidmatan dan pembuatan yang memenuhi syarat tempoh pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan. Pekerja industri yang layak akan dianugerahkan Sijil sehingga tahap tertinggi mengikut bidang masing-masing seperti yang dinyatakan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS)

Terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tanpa mengambil kira bila, bagaimana dan di mana ianya diperolehi sama ada melalui pengalaman kerja, pengalaman hidup ataupun latihan (formal atau tidak formal).

Faedah kepada individu:

  • Berpeluang mendapat pengiktirafan dan seterusnya memberi kepuasan serta motivasi untuk memajukan diri;
  • Penganugerahan Sijil dalam masa yang singkat (tidak perlu menghadiri kelas / latihan / menduduki ujian); dan
  • Dapat menyumbang ke arah pembangunan kerjaya.

Faedah kepada majikan

  • Meningkatkan produktiviti dan prestasi syarikat;
  • Menjimatkan kos bagi tujuan latihan dan persijilan pekerja; dan
    Meningkatkan imej syarikat

Faedah kepada negara

  • Meningkatkan bilangan tenaga mahir yang berkelayakan;
  • Menjana sektor industri dengan pertambahan tenaga mahir negara;
    Meningkatkan imej negara di mata dunia dari segi perkhidmatan dan produk yang dihasilkan;
  • Menjadi tarikan pelabur asing melabur di negara

Book your visit online and save 10%