Sijil Kemahiran Malaysia 3

Level 3- Perkhidmatan Terapi Estetik

Persijilan Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui tiga (3) kaedah:

1. Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf
Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.

2. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)
Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.

3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)
Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian.
Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.

Latest from Gallery

Modul Yang Akan Dipelajari

  • c01- Aesthetic therapy- consultation
  • c02- Manual body massage service
  • c03- Body wrap service
  • c04- Thermal body therapy
  • c05- Body electrotherapy service
  • c06-Decollete therapy
  • c07- Salon operation supervision
  • c08- Salon service and products sales
  • Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia.
  • Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
  • Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia

Syarat minimum menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia Kaedah Pertauliahan melalui Institusi Latihan yang diiktiraf, calon-calon mestilah :

  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
  • Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.(* Walau bagaimanapun, Pusat Bertauliah boleh menetapkan lain-lain syarat kepada pelatih-pelatih mereka)
  • Pinjaman penuh daripada kerajaan.
  • Kelas sepenuh masa/separuh masa.
  • Kelayakan umur 16-45 tahun ( Warganegara Malaysia)
  • Elaun bulanan RM400 (Untuk pelajar sepenuh masa)

Book your visit online and save 10%